Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Radzi Jidin sahkan Muhyiddin, Hadi, Hamzah hadir sesi pagi Parlimen -

Radzi Jidin sahkan Muhyiddin, Hadi, Hamzah hadir sesi pagi Parlimen

AHLI Parlimen Putrajaya Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini menafikan fitnah kononnya pemimpin Perikatan Nasional tidak hadir sesi Parlimen pagi Selasa.

“Saya berada sebaris dengan mereka di dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri bahawa mereka hadir pagi tadi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Penjelasan itu susulan tersebar cerita kononnya pemimpin PN termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak hadir sesi Parlimen pagi Selasa.

Pada hantaran itu Radzi turut berkongsi sekeping gambar dalam Parlimen yang menunjukkan kerusi di blok Menteri dan Timbalan Menteri pada jam 4.16 petang kosong ketika Ketua Pembangkang sedang berbahas.

“Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat ni.

” Contohnya, gambar ini. Saya ambil gambar blok Menteri dan Timbalan Menteri pada jam 4.16 petang ketika Ketua Pembangkang sedang berbahas,” katanya sinis.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama PN termasuk Ketua Pembangkang tidak menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada sebelah pagi Selasa

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beberapa pemimpin tersebut antaranya Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang.

Chean Chung turut mempersoalkan adakah kesemua pemimpin tersebut lebih sibuk sehingga tidak dapat menghadiri Parlimen.