Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas -

Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas

LELAKI yang hilang selepas perahu dinaiki bersama enam individu lain karam di Song, Ahad lepas ditemukan lemas hari ini.

Mayat Gawing Mancha, 47, ditemukan terapung pagi tadi di Sungai Rajang berdekatan sebuah kem pembalakan, 13 kilometer di hilir lokasi kejadian tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Song menerima maklumat penemuan mayat terapung daripada orang ramai pada 6.57 pagi.

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi penemuan mayat pada 7.50 pagi dan membawa mayat ke jeti Song untuk diserahkan kepada pihak polis,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam Ahad lepas, Gawing bersama enam penumpang termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam perjalanan ke pekan Song dari Rumah Ekeh, Nanga Apan sebelum perahu yang mereka naiki karam setibanya di muara Sungai Song.

Semua penumpang lain selamat dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak sebelum ini dilaporkan berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila perahu yang dinaiki dipukul ombak sungai disebabkan fenomena pertembungan ombak Sungai Song dan Sungai Rajang.

— BERNAMA