Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua rakan mengaku salah rompak, menyamar polis -

Dua rakan mengaku salah rompak, menyamar polis

DUA rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal dan menyamar sebagai pegawai polis.

Muhammad Zuraidi Abdullah, 28, dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, 27, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin dan menetapkan 7 Mac ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama Apple iPhone 6 Plus milik seorang lelaki berumur 25 tahun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan mengheretnya menggunakan sebuah motosikal.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kuchai Maju, Brickfields di sini, pada 4.30 pagi, 28 Jan lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebat.

Mereka juga didakwa menyamar sebagai penjawat awam iaitu pegawai polis bagi melakukan rompakan di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, yang berdepan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn.

— BERNAMA