Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PDRM nafi modus operandi baharu samun di jalan raya -

PDRM nafi modus operandi baharu samun di jalan raya

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan mengenai mesej yang ditularkan kononnya terdapat taktik baharu dalam jenayah samun dengan cara meletakkan telefon bimbit dan menyalakan lampu kamera di atas jalan raya.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai modus operandi sedemikian.

“PDRM mengesan penyebaran mesej tular itu yang mendakwa penyamun meletakkan telefon bimbit dalam keadaan lampu kamera menyala di atas jalan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya supaya berhenti.

“…dan sesiapa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan seterusnya akan disamun,” katanya sambil menasihatkan mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat.

— BERNAMA