Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anggota komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan -

Anggota komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan


SEORANG anggota tentera yang bertugas di Unit Komando dikhuatiri lemas di kawasan perairan Pulau Undan, Melaka, pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.15 petang itu, mangsa Lans Koperal Edrin Daintin,25, dikatakan hilang semasa sedang menjalani latihan kursus juruselam di lokasi 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan. 

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata seramai enam anggota maritim ditugaskan dalam operasi itu dengan setakat ini pencarian dilakukan dalam radius 10 batu nautika persegi. 

“Operasi mencari akan diteruskan esok (Rabu) selepas ditangguhkan apabila keadaan semakin gelap petang tadi termasuk angin kencing dan jarak penglihatan yang terhad. 

“Untuk esok kita akan gunakan bantuan helikopter dan aset berkaitan bagi melancarkan operasi. Radius pencarian juga akan diperluaskan,” katanya kepada media ketika ditemui di khemah operasi SARS di Jeti Umbai, di sini malam ini. 

Katanya,  pihaknya turut memaklumkan dan meminta bantuan kepada nelayan yang sedang menangkap ikan di sekitar lokasi sekiranya terdapat sebarang maklumat. 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa katanya turut dilakukan dengan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

— BERNAMA