Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan berterusan di empat negeri -

Amaran hujan berterusan di empat negeri

EMPAT negeri dijangka dilanda hujan berterusan melibatkan Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran telah dikeluarkan kepada penduduk di negeri-negeri tersebut.

“Amaran hujan berterusan (bahaya) berkuat kuasa hingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan di Kuantan manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan seperti Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan lapor Utusan Malaysia.

Katanya, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan empat negeri lain.

“Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Met Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan dan talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638.