EMPAT negeri dijangka dilanda hujan berterusan melibatkan Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran telah dikeluarkan kepada penduduk di negeri-negeri tersebut.
“Amaran hujan berterusan (bahaya) berkuat kuasa hingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan di Kuantan manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan seperti Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan lapor Utusan Malaysia.
Katanya, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan empat negeri lain.
“Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Met Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan dan talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.