Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Terima surat tapi tak diberi sebab gantung, kata Hishammuddin -

Terima surat tapi tak diberi sebab gantung, kata Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan beliau tidak diberi sebab dan alasan mengapa UMNO mengggantung keahliannya selama enam tahun.

Bekas naib presiden UMNO memaklumkan perkara itu selepas menerima surat penggantungan daripada Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.

“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya di Facebook lapor FMT.

Surat itu turut dimuat naik di Facebooknya.

Surat bertarikh 30 Jan dihantar Ahmad itu hanya menyatakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan penggantungan keahlian UMNO Hishammuddin selama enam tahun bermula 27 Jan lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Jan 2023 telah memutuskan bahawa YB (Hishammuddin) digantung hak-hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” kata Ahmad menerusi surat rasmi kepada Hishammuddin.

Sebelum ini UMNO memaklumkan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ketua UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dipecat atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan parti kerana kesalahan ketika PRU-15.

Sementara itu, Ahmad berkata keahlian Hishammuddin, bekas ketua penerangan Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif dan pemimpin UMNO Tebrau Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.