Bekas guru mengaku tak bersalah cederakan guru

0
238

SEORANG bekas guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan mencederakan guru wanita lain sehingga parah, September lepas.

Nurul Hidayah Khairuddin, 24, dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24, di dalam sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Taman Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 2.40 petang 28 Sept 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha mencadangkan jaminan RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Nurul Hidayah yang diwakili peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman bagaimanapun memohon agar jaminan rendah diberikan atas alasan dia telah diberhentikan selepas kejadian itu.

Majistret Mazan Sinin membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here