Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan -

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan

TINDAKAN seorang buruh warga Bangladesh menyogok anggota polis dengan wang RM100 untuk melepaskan diri, membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.

Menurut sumber lelaki berusia 30-an itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen ketika pemeriksaan dilakukan.

Berikutan tindakan itu, anggota polis kemudian menyerahkan lelaki itu ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya pada kira-kira 2 petang semalam dan dia ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki itu direman tiga hari hingga Selasa ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata kes seumpama itu merupakan iktibar kepada masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya memberi rasuah kepada mana-mana pihak penguat kuasa bagi tujuan melepaskan diri daripada kesalahan jenayah.

— BERNAMA