Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rumah musnah terbakar di Teluk Intan -

Rumah musnah terbakar di Teluk Intan

SEBUAH rumah musnah dijilat api sebanyak 70 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Tebuk, Kampung Sungai Kerawai, Teluk Intan, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Langkap digerakkan ke lokasi.

Katanya lagi, insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.

Anggota bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Tebuk pada Ahad.

“Pasukan bomba tiba di lokasi mendapati sebuah rumah kelas B berkeluasan 30X70 sedang marak terbakar.

“Komander operasi mengarahkan kerja pemadaman api dengan menggunakan dua aliran 300 kaki dua pancutan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, lapor Astro AWANI.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Ismail Mohd Yunus itu tamat pada jam 12.26 tengah malam.