AMARAN ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan di sembilan negeri dari petang hingga 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam pemakluman di Twitter berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sik dan Baling di Kedah dijangka berhadapan cuaca buruk ini manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.
“Di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),
“Manakala di Sabah (Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” menurut MetMalaysia, lapor FMT.
Menurut agensi terbabit, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh kawasan Lembah Klang termasuk Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya; selain negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung seperti Melaka dan Negeri Sembilan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.