Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas maut jatuh pokok kelapa setinggi 20 meter -

Warga emas maut jatuh pokok kelapa setinggi 20 meter

SEORANG warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Jal Kechik, Tumpat pada Isnin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, dijumpai terbaring di tepi pokok itu oleh seorang pemilik kebun.

Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, mangsa mengambil upah memanjat dan mengutip buah tersebut pada hari berkenaan.

“Saya terima panggilan telefon mengatakan mangsa terjatuh dan bergegas pulang dari tempat kerja.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terbaring dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba selepas dihubungi penduduk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat oleh pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

“Mayat selesai dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jal Kechik, Tumpat pada petang ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.