Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
DSP, inspektor disyaki subahat kemuka invois palsu RM19,980 -

DSP, inspektor disyaki subahat kemuka invois palsu RM19,980

DUA pegawai polis, masing-masing berpangkat deputi superintenden (DSP) dan inspektor direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Majistret Siti Farah Ibrahim mengeluarkan perintah reman itu terhadap kedua-dua suspek yang ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, kira-kira 3.15 petang semalam.

Kedua-dua suspek berumur 49 tahun itu disyaki bersubahat bersama seorang pengurus sebuah syarikat untuk mengemukakan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM19,980.

Invois dan pesanan kerajaan itu bagi perkhidmatan dan pembaikan bangunan di IPD Julau, dekat Sibu, iaitu tempat kedua-dua pegawai terbabit bertugas pada 2019.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di Sibu memerintahkan pengurus syarikat berumur 39 tahun yang disyaki bersubahat dengan kedua-dua pegawai polis berkenaan direman selama dua hari bagi membantu siasatan. – Bernama