Suami isteri bom tukang masak didakwa esok

0
272

PASANGAN suami isteri yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes letupan bom buatan sendiri sehingga mengorbankan seorang tukang masak di Pandan Indah, di sini, akan didakwa di Mahkamah Ampang esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek berusia 30 dan 33 tahun itu akan didakwa jam 10 pagi di Mahkamah Ampang.

Beliau berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan lapor Berita Harian.

Dalam kejadian jam 8.55 malam pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Mangsa mengalami parah pada anggota badan dan tangan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here