DUA rentung dalam kenderaan masing-masing dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh Kuala Krau hari ini.
Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing yang terbakar selepas perlanggaran jam 10.48 pagi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba sampai ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah lori dan kereta sedang terbakar.
“Terdapat dua mangsa yang tersepit dalam kereta dan lori yang terbakar di mana kemusnahan kereta adalah 100 peratus dan lori 80 peratus.
“Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Krau dan Temerloh dengan tiga jentera bertindak memadam kebakaran,” katanya, lapor BH Online.
Beliau berkata kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi.
Katanya kedua dua mangsa yang tersepit ditemukan rentung di dalam kenderaan masing-masing.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.