AHLI Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak tahu mengapa dirinya dan sembilan lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) digelar sebagai pengkhianat kerana menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.
Bendahari Agung BN itu berkata mereka telah akhirnya mengikut ketetapan parti dan menarik semula sokongan mereka.
“Sehingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat. Saya cukup yakin bahawa apa yang telah berlaku, tidak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti.
“Kalau mereka nak ambil tindakan, ambillah tak ada benda yang saya perlu bimbang,” katanya lapor FMT.
Beliau ditemui media selepas ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.