Buktikan perangi rasuah, Kit Siang beritahu PM

0
129

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan komitmen memerangi rasuah dan menunjukkan keputusan dalam tempoh setahun melalui indeks persepsi rasuah (CPI), kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Sedia maklum langkah itu terlalu lewat bagi Anwar untuk meningkatkan kedudukan CPI Malaysia, pada 2022, Lim berkata, perdana menteri tidak akan “mempunyai alasan” lagi sekiranya gagal menambah baik ranking negara tahun ini.

“Ini adalah bidang terpenting yang mana kita telah menyaksikan kemerosotan dalam enam dekad yang lepas, di mana Malaysia telah jatuh dari berada dalam kalangan negara terbaik dunia kepada sebuah negara yang ketinggalan di Asia,” katanya lapor FMT.

Lim merujuk kepada negara Asia seperti Indonesia, China dan India yang menambah baik ranking dalam CPI, manakala Malaysia semakin merudum, sejak akhir-akhir ini.

“Adakah Malaysia bakal ditinggalkan di belakang China, Indonesia dan India dalam CPI Transparency International menjelang 2030?” soalnya.

Bekas Ahli Parlimen itu, berkata kenyataan Anwar tidak akan berkompromi dalam usaha melawan rasuah walaupun berdepan risiko kehilangan kedudukan menyakinkan.

“Perhimpunan menteri pada minggu hadapan dan persidangan Parlimen pada bulan hadapan patut menyaksikan lebih banyak berita mengenai bagaimana Anwar bercadang untuk menghentikan kemerosotan negara dalam arena peperangan melawan rasuah.”

Kedudukan global Malaysia dalam Indeks Transparency International menjunam lima anak tangga, pada 2021, selepas menunjukkan peningkatan kedudukan pasca PRU14.

Malaysia berada pada kedudukan 62 daripada 100 negara menurut laporan terbaharu – terendah sejak metodologi disemak semula, pada 2012. Pada 2020, negara berada pada kedudukan ke-57, berbanding ke-51, pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here