Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
HKL tamatkan kontrak doktor hina anak Najib -

HKL tamatkan kontrak doktor hina anak Najib

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya lapor Kosmo Online.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.