Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ismail Sabri nafi terbabit ‘Langkah London’, sifatkannya fitnah jahat -

Ismail Sabri nafi terbabit ‘Langkah London’, sifatkannya fitnah jahat

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tuduhan beliau antara dua Naib Presiden UMNO terbabit dalam usaha menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang perhimpunan agung parti itu minggu depan.

Ia susulan dakwaan seorang penulis blog yang tular media sosial bahawa dua Naib Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di London untuk menjatuhkan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Menurut dakwaan itu, gerakan yang dinamakan “Langkah London” bertujuan menjatuhkan Zahid dalam usaha menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail menyifatkan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan gerakan seperti itu sebagai fitnah yang sengaja dicipta untuk memburukkan namanya.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan beliau bercuti dengan keluarganya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 22 Dis hingga 3 Jan lalu, tarikh yang didakwa beliau menemui beberapa pemimpin politik di London.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya. Ini merupakan fitnah jahat.

“Saya berdiam diri selepas PRU-15 sehingga kini, tiada kenyataan mengenai UMNO, tiada kenyataan mengenai kerajaan. Tujuan saya berdiam diri supaya tiada spekulasi dan fitnah mengaitkan saya.

“Tapi pemfitnah yang tidak mengenal dosa ini masih terus mengaitkan saya, sebab itu saya menganggap ini merupakan fitnah berniat jahat,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today melalui WhatsApp.

November lalu, Ismail menafikan dakwaan pertemuan tertutup membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS diadakan di Tropicana Golf & Country Resort.

Ismail dilaporkan berkata, semua tindakannya disalah tafsir sehingga dirinya dianggap pengkhianat jika bertemu rakan daripada Pas, manakala pihak yang bertemu pimpinan Pakatan Harapan pula dianggap hero.