Bekas pembantu Anwar ganti anak Vincent Tan jadi pengerusi 7-Eleven

0
402

BEKAS Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd berkuat kuasa serta-merta.

The Edge melaporkan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggantikan Robin Tan Yeong Ching yang berundur untuk “meneruskan minat lain”.

Robin ialah anak taikun Vincent Tan, pemegang saham utama rangkaian kedai serbaneka itu dengan 41.8% kepentingan.

Robin dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi lembaga pengarah kumpulan pada 25 Nov 2021.

Menurut 7-Eleven, Farhash memiliki pengalaman lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat.

Dalam pemfailan bursa saham hari ini, 7-Eleven berkata, Farhash adalah atau pernah menjadi pengarah, pemegang saham dalam sekurang-kurangnya 10 syarikat swasta, termasuk Swag Technologies Sdn Bhd dan Pacific Samudera Sdn Bhd.

Beliau dilantik sebagai pengerusi eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Bhd minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here