Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kekang LGBTQ punca peningkatan HIV di Malaysia -

Kekang LGBTQ punca peningkatan HIV di Malaysia

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif membendung gejala budaya songsang lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) yang didakwa antara punca peningkatan kes jangkitan HIV di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, gaya hidup tersebut turut menyumbang kepada peningkatan perceraian dalam kalangan rakyat.

“Mengikut laporan ‘In Danger: UNAIDS Global AIDS Update 2022’ untuk 2022 menyatakan terdapat peningkatan ketara jangkitan HIV dan AIDS di 38 buah negara dari tahun 2015. Gaya hidup songsang dinyatakan sebagai penyumbang utama.

“Ini disokong oleh data daripada pusat kawalan penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang menyatakan 70 peratus daripada jangkitan baharu HIV di Amerika Syarikat pada tahun 2019 disumbang oleh pengamal gaya hidup songsang (gay).

“Kami di pihak Armada percaya, sudah sampai masa untuk Malaysia mengambil langkah yang sama dan lebih proaktif dalam melindungi keluarga nukleus di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik pada Khamis.

Pada masa yang sama, Wan Ahmad Fayhsal menambah, beliau menyambut baik keputusan Rusia memerangi LGBTQ dan usaha Indonesia mencegah hubungan luar nikah dalam kalangan rakyatnya.

Jelasnya, kerajaan mesti tegas dalam membendung perkara sedemikian kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kerosakan moral tetapi juga kesihatan lapor Sinar Harian.