Amaran hujan berterusan di Sarawak hingga Sabtu

0
192

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak bermula esok hingga Sabtu ini.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak membabitkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Sementara itu, berdasarkan laman portal publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Punan Bah B di Kapit mencapai tahap waspada dengan bacaan sembilan meter.

“Angin kencang 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Sarawak dalam tempoh terbabit,” katanya lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here