Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Korban banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang, 23 lagi hilang -

Korban banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang, 23 lagi hilang

ANGKA korban akibat hujan lebat dan banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang manakala sekurang-kurangnya 23 yang lain masih hilang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Selasa.

Tiga kematian dilaporkan di wilayah Bicol di Luzon, dua di wilayah tengah Filipina manakala lapan lagi di selatan Filipina.

Menurut NDRRMC berhubung mangsa yang hilang, lapan kes dilaporkan di wilayah Bicol, 12 di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina. Enam yang lain dilaporkan cedera.

Banjir juga telah menyebabkan hampir 170,000 orang di enam wilayah hilang tempat tinggal dan lebih 45,000 orang kini ditempatkan di sekurang-kurangnya 87 pusat perlindungan kerajaan manakala selebihnya tinggal bersama saudara mara masing-masing.

— BERNAMA