LEBIH 100 rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak dalam fenomena air pasang besar di dua buah kampung di sini, malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu ialah Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.
Di Kampung Forest, dianggarkan 100 buah rumah roboh manakala 500 lagi turut terancam.
Sementara di Kampung Tinusa Dua, lima buah rumah dilaporkan roboh dan 20 lagi dalam keadaan terancam.
“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah melaporkan, kejadian membabitkan lebih 200 mangsa dari 96 keluarga.
“Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Anib Dua.
“Namun, pecahan mangsa belum dikenal pasti dan proses pemindahan masih dijalankan,” katanya lapor Astro AWANI.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.