Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara hingga lewat petang -

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara hingga lewat petang

RIBUT petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan melanda hampir semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk petang ini lebih tertumpu di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Kelantan, antara kawasan yang terkesan adalah Kuala Krai dan Gua Musang serta dua daerah di Pahang iaitu Jerantut dan Maran.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagi Johor pula, melibatkan Tangkak dan Muar.

“Tinjauan semasa di Sarawak mendapati cuaca buruk yang sama sedang melanda Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan,” jelas kenyataaan itu.