SIDANG Parlimen hari ini memilih bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi.
Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.
Dengan jumlah 174 undi itu bermakna semua Ahli Parlimen (MP) UMNO-Barisan Nasional menyokong calon Speaker yang dicadangkan PKR itu bagi melantik Johari yang baharu sahaja mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun baru-baru ini bagi membolehkannya menjadi Speaker baharu di Parlimen.
Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan cadangan mencalonkan Johari sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mencadangkan Mohd Radzi sebagai sebelum disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Johari pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) selain mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.
Semalam, beliau juga mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun berkuat kuasa serta-merta melalui sepucuk surat yang dikirim bertarikh 13 Disember lalu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.