Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat -

Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat

PENDUDUK di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya pada 8 pagi ini termasuk Sungai (Sg) Telemong di Kampung (Kg) Sungai Ping dan Sg Berang di Kg Menerong di daerah Hulu Terengganu.

Di daerah Setiu, sungai yang melepasi aras bahaya ialah Sg Nerus di Kg Langkap; Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sg Setiu di Jambatan Permaisuri manakala di Besut stesen terlibat ialah Sg Besut di Kg Keruak dan Sungai Besut di Kg La.

Sg Tumpat di Kg Baru, Kemasek di Kemaman dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang pula berada pada aras amaran manakala Sg Nerus di Kg Bukit di Setiu berada pada aras waspada.            

–BERNAMA