Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aktiviti perkhemahan di Batang Kali diarah dihentikan serta-merta -

Aktiviti perkhemahan di Batang Kali diarah dihentikan serta-merta

SEMUA aktiviti perkhemahan di kawasan Batang Kali diarah dihentikan serta merta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, untuk menghentikan segala aktiviti perkhemahan.

“Kita sudah minta KPD untuk segera keluarkan arahan baru untuk mana-mana pemilik tapak perkhemahan supaya tidak menerima pengunjung perkhemahan sehingga satu masa diberitahu kelak.

“Saya dimaklumkan trend aktiviti perkhemahan ini sangat popular selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan perjumpaan dengan pengedar barang-barang perkhemahan, sehinggakan pembelian alat perkhemahan meningkat 40 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata bagi mengelakkan sebarang kejadian sama berulang, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan untuk menangguhkan dulu aktiviti perkhemahan di kawasan ini.

“Susulan kejadian ini juga, saya meminta mana-mana pihak untuk memberi tumpuan terhadap sebarang laporan Orang Hilang (OH) yang kemungkinan ada kaitan dengan mangsa kejadian ini,” katanya memetik laporan BH Online.