Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya -

Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya

SEPASANG kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa tahun lepas.

L. Indran, 29, dan R. Vasanthi, 21, membuat pengakuan itu masing-masing di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas pertuduhan secara berasingan dibacakan terhadap mereka.

Indran dan Vasanthi dituduh mendatangkan cedera fizikal kepada Tharsan a/l Therma Raj, ketika itu berusia dua tahun, sehingga mengalami kecederaan di bahagian dada, belakang badan dan kedua-dua belah kaki.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Batu 16, Kampung India, Jasin antara 4 petang hingga 6 petang pada 11 Nov 2021, sebelum kanak-kanak malang itu, yang merupakan anak kepada Vasanthi, meninggal dunia pada 17 Nov 2021.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Mohd Sabri membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Indran manakala Hakim Darmafikri menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Vasanthi.

Sebutan semula kes bagi Indran ditetapkan pada 16 Jan manakala Vasanthi pada 25 Jan tahun depan dan kes Indran dan Vasanthi itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan N. Sivasangari.

— BERNAMA