Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Annuar 'gembira' beri keterangan kepada PDRM berkait dakwaan dana dari Muhyiddin -

Annuar ‘gembira’ beri keterangan kepada PDRM berkait dakwaan dana dari Muhyiddin

TAN Sri Annuar Musa mengesahkan beliau sudah dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas susulan dakwaan jutaan ringgit diserahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dua tahun lalu.

Tegas bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau sudah membuat penjelasan penuh kepada SPRM berhubung cerita sebenar berhubung dakwaan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Muafakat Nasional, di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan Annuar berhubung bekas Perdana Menteri, Muhyiddin menyalurkan UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika PRN Sabah pada 2020.

Memetik laporan Astro AWANI, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Setiausaha Agung Umno itu dan akan memanggil Muhyiddin serta Annuar untuk disoal siasat.

Terdahulu, Annuar dalam satu video di media sosial berkata, Muhyiddin yang ketika itu menjadi Perdana Menteri menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu UMNO dalam PRN 2020.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika membuat penjelasan terhadap tuduhan kononnya Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mahu ‘bunuh’ UMNO juga adalah ‘bohong dan palsu’.