Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
ADUN Bemban dilantik Ketua Pembangkang DUN Melaka -
Dr Mohd Yadzil

ADUN Bemban dilantik Ketua Pembangkang DUN Melaka

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub kini menggalas tugas sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Beliau menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. 

“Kita akan jadi pembangkang yang lebih efektif supaya dapat memberi semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjamin kesejahteraan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Melaka di sini hari ini.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi terdiri daripada Barisan Nasional sebanyak 21 kerusi, PH (lima kerusi) dan PN (dua kerusi).

Sementara itu, Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menerima lima ADUN PH sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Ia hasil pertemuan dengan Ketua Menteri jadi semangat yang sama (di peringkat Persekutuan) dibawa ke Melaka kerana kerajaan ini ialah Kerajaan Perpaduan,” katanya. 

— BERNAMA