Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] ‘Masa luar biasa ujian sebenar tentukan kita berprinsip atau tidak’ - Wan Saiful -

[VIDEO] ‘Masa luar biasa ujian sebenar tentukan kita berprinsip atau tidak’ – Wan Saiful

KENYATAAN Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan adalah ekoran negara sedang berdepan ‘masa luar biasa’ memperlihatkan perjuangan Pakatan Harapan (PH) adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebaliknya ‘waktu yang luar biasa’ merupakan ujian yang sebenar dalam menentukan sesebuah parti itu berprinsip atau tidak.

“Rupa-rupanya Presiden dan Timbalan Presiden serupa sahaja. Demi jawatan dan kedudukan, sanggup menjual diri dan menggadai perjuangan.

“Konon-kononnya ini masa yang luar biasa dan membolehkan prinsip dilupakan. Sebenarnya ujian yang menentukan kita berprinsip atau tidak ialah ujian pada waktu yang luar biasa. Nyata sekali perjuangan PH adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya pada Selasa.

Tambah Wan Saiful, Rafizi seolah-olah hilang ingatan apabila pendirian prinsipnya dikatakan berubah-ubah sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Rafizi pernah berkata dia akan jadi orang pertama menolak sebarang rundingan dengan UMNO. Selepas PRU15, dia menjadi salah seorang yang berunding dengan UMNO.

“Rafizi pernah berkata dia menentang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan. Bila Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan, Rafizi terus amnesia,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Rafizi dan pemimpin muda dalam PKR bukan lagi masa depan politik negara apabila menyifatkan mereka ‘sanggup menjilat apa sahaja demi jawatan’.

“Rafizi dan pemimpin muda dalam PKR bukan lagi harapan masa depan politik negara. Mereka hanya harapan Anwar Ibrahim sahaja. Sanggup menjilat apa sahaja demi jawatan,” katanya lagi.–SB