Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tengku Zafrul di Abu Dhabi hadiri misi perdagangan -

Tengku Zafrul di Abu Dhabi hadiri misi perdagangan

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berada di Abu Dhabi bagi menghadiri misi perdagangan di sana.

Sumber memberitahu Berita Harian, pihak kementerian akan membuat kenyataan rasmi mengenainya esok.

“Beliau tidak berada di Qatar seperti didakwa, bukan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Beliau ke Abu Dhabi atas urusan rasmi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi, lapor BH Online.

Sebelum ini tular di media sosial Tengku Zafrul tidak menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet kerana berada di Qatar. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu. 

Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri termasuk dua timbalan perdana menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan. 

Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi. 

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan.