Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga maut gagal elak kereta -

Peniaga maut gagal elak kereta

SEORANG peniaga maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke Kampus Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu mangsa, Mohd Zamri Salleh, 58, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kereta dipandu seorang pelajar perubatan HUSM berusia 21 tahun bersama tiga lagi rakan sekuliahnya dari persimpangan Tok Kenali dan menghala pulang ke kampusnya melalui Jalan Raja Perempuan Zainab II.

“Setiba di hadapan simpang Pintu A HUSM, pemandu kereta itu telah membelok ke kanan untuk masuk ke arah kampus kesihatan.

“Kemudian, sebuah motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan dan menghampiri kereta terbabit yang sedang melintasi laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, warga emas berkenaan telah cuba mengelak, namun disebabkan permukaan jalan licin menyebabkan motosikal mangsa tergelincir.

Berikutan itu katanya, kepala mangsa telah terhentak pada bahagian kereta terbabit.

Mohd Rosdi berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Pemandu kereta dan tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi dalam siasatan,” katanya.