Penyokong Umno Tioman kesal pemimpin langgar prinsip

0
155

RAMAI penyokong UMNO di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman melahirkan perasaan kesal kerana pemimpin parti itu sanggup menggadai prinsip dengan melanggar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021.

Kekesalan mereka diluahkan kepada pemimpin Pas dan Perikatan Nasional (PN) pada kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini jelas mereka menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Jadi, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kawasan DUN Tioman begitu penting bagi rakyat menolak kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat menolak agenda yang sedang dilaksanakan BN-PH. Pengundi di Tioman dan Padang Serai akan menggunakan peluang PRU15 DUN Tioman pada 7 Disember ini bagi menolak BN-PH,” katanya pada program Sembang Santai PRU N.42 Tioman secara langsung melalui TV Makmur semalam

Program yang diberi judul, Muafakat Rakyat itu dihoskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paching, Mohd Tarmizi Yahaya.

Tuan Ibrahim sementara itu mengajak anak-anak muda dan pengundi Tioman yang tinggal di luar daerah pulang mengundi pada 7 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here