Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Calon BN tarik diri, beri laluan kepada PH? -

Calon BN tarik diri, beri laluan kepada PH?

BARISAN Nasional (BN) dikatakan akan menarik diri daripada bersaing di Parlimen Padang Serai bagi memberi laluan kepada sekutu terbaru mereka, Pakatan Harapan (PH) dalam Piliha Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Ketika ini khabar mengenai perkara itu bertiup kencang dengan jadual perjalanan kempen calon BN, C. Sivaraj juga sudah tidak dikeluarkan seperti kebiasaan, malam tadi.

Difahamkan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat dalam satu ceramah pengumuman khas di depan sebuah pasaraya dekat Taman Desa Aman, Padang Meiha di Padang Serai malam ini.

Ceramah tersebut bakal menampilkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Malah Pengarah Komunikasi Exco MIC Kedah yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ramasamy turut memuat naik status di Facebooknya seakan-akan mengesahkan perkara itu.

“Dengan hati yang sedih, calon BN bagi Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj menerima arahan daripada daripada kepimpinan BN supaya menarik diri dan memberi laluan kepada calon PH.

“Dengan berat hati, kami akan berundur dari gelanggang pertandingan Parlimen Padang Serai dan menerima nasihat kepimpinan di peringkat nasional,” katanya, lapor WartaRakyat.

Sementara itu Warta Rakyat difahamkan, beberapa pondok dan khemah pusat daerah mengundi milik BN juga sudah pun dikemas sejak malam tadi.