Anak Najib antara lapan ADUN angkat sumpah Exco Pahang

0
206

SEPULUH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang terdiri daripada lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan dua mewakili Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama ke istiadat itu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis santapan yang berlangsung usai  istiadat berkenaan.

Empat daripada wakil BN yang dilantik sebagai Exco adalah muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk anak bekas Perdana Menteri Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib (Peramu Jaya), Fadzli Mohamad Kamal (Dong), Datuk Johari Harun (Pelangai) dan Datuk Sabariah Saidan (Guai).

PAHANG-EXC0 2 (AKHIR) PEKAN 

Diikuti Razali Kassim (Muadzam Shah) manakala tiga lagi pernah menganggotai barisan Exco pada penggal lepas iaitu Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (Benta), Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar).  

Turut tersenarai dua wakil gabungan parti dalam PH iaitu Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) dan Leong Yu Man (DAP-Triang).

BN dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri Pahang selepas keputusan PRU-15 menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah, DUN Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. 

Pada PRU-15, BN memperoleh 16 kerusi, ketinggalan satu daripada Perikatan Nasional (PN) manakala PH mendapat lapan kerusi DUN. 

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi, namun proses pegundian bagi DUN Tioman telah ditangguhkan kepada 7 Dis ini berikutan kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi, hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Bagaimanapun, apa-apa jua keputusan DUN Tioman masih tidak membolehkan mana-mana blok politik memperoleh majoriti mudah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here