Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kutipan tol RM2.30 di Lebuh Raya DASH mulai 1 Dis -

Kutipan tol RM2.30 di Lebuh Raya DASH mulai 1 Dis

PENGGUNA Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).

DASH dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

“Kadar tol bagi kenderaan jenis kereta ialah RM2.30, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas RM2.30.

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID,” katanya.

Lebuh raya DASH ialah satu daripada enam lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Pada majlis perasmian pembukaan lebuh raya DASH pada 13 Okt lepas, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 14 Okt sehingga 30 Nov.

— BERNAMA