Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar berkelah bersama rakan lemas di air terjun -

Pelajar berkelah bersama rakan lemas di air terjun

KEGEMBIRAAN 26 penuntut Politeknik Jeli yang berkelah di air terjun di Lata Goleng dekat Kampung Sungai Rual di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas pagi tadi.

Mangsa, Wan Mohammad Syahiid Wan Abdul Aziz, 20, ditemukan lemas pada jam 10.40 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa ditemui di dasar sungai iaitu sejauh 7.5 kilometer dari lokasi dia terjatuh di kawasan air terjun itu.

Katanya, mangsa dipercayai dibawa arus deras kerana paras air sungai naik mendadak selepas hujan lebat malam tadi.

“Mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Jeli,” katanya di sini, hari ini lapor BH Online.

Beliau berkata, mangsa terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 4.43 petang semalam sebelum rakan mangsa meminta pertolongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, sebaik mendapat panggilan, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi itu disertai oleh 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk daripada PPDA Machang dan Pengkalan Chepa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.