Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hilux bertembung lori, seorang maut, dua cedera -

Hilux bertembung lori, seorang maut, dua cedera

SEORANG pemandu maut, manakala penumpangnya cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan, Sabah, hari ini.

Pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux dikenali sebagai Sharif Zul, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala penumpang Toyota Hilux yang merupakan lelaki berusia 58 tahun, dan pemandu lori lelaki berusia 54 tahun, mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.48 tengah hari.

Menurut beliau, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan lori bertembung. Terdapat tiga mangsa lelaki terbabit.

“Pemandu lori dan penumpang Toyota Hilux yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS, seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini, lapor Astro AWANI.

Menurutnya, pemandu Toyota Hilux yang berada di dalam kenderaan kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.20 petang,” katanya lagi.