Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
280 mangsa banjir Kuala Selangor masih berlindung di 3 PPS -

280 mangsa banjir Kuala Selangor masih berlindung di 3 PPS

TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah ini bagi menempatkan 280 mangsa banjir daripada 93 keluarga, setakat jam 11.10 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata ia membabitkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh, SK Bandar Baru dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya.

“Jumlah mangsa banjir berada di PPS SK Sungai Sireh kekal 111 orang (37 keluarga), SK Bandar Baru (92 orang / 30 keluarga) dan Dewan MPKS Bestari Jaya (77 orang / 26 keluarga).

“Sebuah lagi PPS membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram sudah ditutup pada jam 10.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor BH Online.

Pada 21 November lalu, media melaporkan seramai 400 mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS sekitar negeri ini membabitkan empat di Kuala Selangor dan lima di Kuala Langat.