Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin PN berkumpul di rumah Muhyiddin, tunggu keputusan Majlis Raja-Raja -

Pemimpin PN berkumpul di rumah Muhyiddin, tunggu keputusan Majlis Raja-Raja

PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini difahamkan sedang menunggu keputusan perbincangan Khas Raja-Raja Melayu susulan kemelut pembentukan kerajaan ketika ini.

Perkara dimaklumkan sumber kepada media yang menunggu di kawasan kediaman Muhyiddin bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kemelut pembentukan kerajaan ketika ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meraikan petugas media dengan kira-kira 30 pek nasi briyani untuk makanan tengah hari, hari ini.

Selain itu, dua khemah turut disediakan untuk media berteduh di kawasan itu hasil inisiatif Ketua Penerangan Armada Malaysia, Ashraf Mustaqim.

Bermula 9.25 pagi tadi, beberapa pemimpin parti gabungan itu termasuk Ahmad Faizal dilihat mula tiba di kediaman Muhyiddin dipercayai ada kaitan dengan kemelut pembentukan kerajaan.

Antara beberapa kenderaan yang membawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang juga Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun tiba di kediaman itu.

Dalam pada itu, kenderaan membawa Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga turut kelihatan

Istana Negara menganjurkan perbincangan Khas Raja-Raja Melayu susulan kemelut pembentukan kerajaan, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin dilaporkan berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk mengadakan perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Kemelut pembentukan kerajaan masih belum terungkai berikutan tiada parti yang mendapat cukup majoriti selepas Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15).