Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anwar perlu buktikan sokongan majoriti - Muhyiddin -

Anwar perlu buktikan sokongan majoriti – Muhyiddin

DEMI ketelusan malah kesejahteraan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mengemukakan bukti sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan tersebut perlu dibuktikan dengan mengemukakan akuan bersumpah (SD) majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat seperti ditetapkan Dipertua Dewan Rakyat Ahad lalu.

“Hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan Anwar mempunyai sokongan majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan sebagai Perdana Menteri adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri ke-10 hari ini setelah Yang di-Pertuan Agong bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan permintaan itu bertujuan membina keyakinan terhadap pelantikan Anwar dan menoktahkan sebarang keraguan.

“Kenyataan tidak dibuat berhubungkait soal pembentukan kerajaan perpaduan, terserah kepada Setiausaha Agong Dewan Rakyat untuk memutuskan.

“Beri dia (Anwar) peluang kalau dia buktikan itu satu perkara, kerana arahan sebut dekat sini perlu buktikan Akuan bersumpah,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut mengemukakan fakta bahawa beliau mempunyai semua dokumen dan sokongan mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan terlebih dahulu.

“PN telah menghantar surat daripada Setiausaha Agung PAS, Pengerusi GPS, Pengerusi GRS dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang menyatakan persetujuan untuk membentuk kerajaan gabungan.

“Turut dihantar ke Istana Negara ialah 114 Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan tanpa syarat kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya. -SB