Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki 23 tahun ditahan disyaki rogol kanak-kanak -

Lelaki 23 tahun ditahan disyaki rogol kanak-kanak

SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak berusia 12 tahun dalam kejadian pada 17 November lalu.

Suspek ditahan pada Isnin, kira-kira jam 7 malam selepas polis menerima laporan jam 6.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang juga teman lelaki mangsa mengambilnya di rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum membawanya ke sebuah kediaman di Labok.

“Lelaki yang berasal dari machang itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa.

“Siasatan awal mendapati suspek pernah menerima hukuman di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii,” katanya, lapor Sinar Harian.

“Polis kini masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap suspek dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.