Agong cuba ditipu sekali lagi? – Annuar Musa

0
402

TAN Sri Annuar Musa mendedahkan kemungkinan terdapat percubaan menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada calon Perdana Menteri Ke-10.

Berikut kenyataan penuh Annuar yang disiarkan di Facebooknya pada Rabu.

AGONG CUBA DI TIPU SEKALI LAGI??
Sekarang tersebar surat ini di Media Sosial.

Lihat perkara 4.Pengerusi BN mendakwa dan menyembah maklum kpd DYMM SPB YDP AGONG bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22hb Nov dan mesyuarat memutuskan semua 30 ahli parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai PM.

Kita sebaliknya di maklumkan BN memutuskan TIDAK MENYOKONG MANA MANA CALUN….siapakah yang berbohong di sini?

Rakyat menuntut penjelasan pemimpin pemimpin BN yg terlibat,khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN

Jika surat kpd SPB YDP AGONG merupakan satu percubaan menipu YDP AGONG ianya satu kesalahan yg amat berat yg sekali lagi dibuat oleh orang yg sama spt di lakukan pada bulan oktober 2020.(kononnya semua MP BN ketika itu menyokong Anwar menjadi PM menggantikan TSMY-satu pembohongan)

Lapuran polis patut dibuat agar penyiasatan di buat atas perbuatan durjana ini terhadap YDP AGONG.

Rakyat dan ahli umno dan BN akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan kedurjanaan ini jika benar ia telah dilakukan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here