Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BN kalah teruk, lebih separuh daripada 191 ketua UMNO bahagian mahu Zahid berundur -

BN kalah teruk, lebih separuh daripada 191 ketua UMNO bahagian mahu Zahid berundur

LEBIH separuh daripada 191 ketua UMNO bahagian seluruh negara menolak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada terus mengemudi parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani berkata, selain daripada mereka, MCA dan MIC juga menolak Ahmad Zahid.

Menurutnya, gelombang menolak Ahmad Zahid daripada menjadi Presiden UMNO akan berterusan sehingga beliau berundur.

“Saya tanpa segan silu, saya ingin nyatakan bahawa Presiden UMNO mesti berundur dan kena serah pada pemimpin lain.

“Saya berpendirian Ahmad Zahid kena tanggungjawab di atas apa yang berlaku hari ini. Kalau kita lihat BN dalam sejarah inilah paling teruk sekali,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada Isnin, pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) diketuai Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific dipercayai bagi memuktamadkan kerjasama membentuk kerajaan campuran.

Dalam pada itu, Yahya berkata, beliau tidak takut sekiranya dipecat susulan kenyataan mendesak Ahmad Zahid untuk berundur.

Tambahnya, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar untuk berundur daripada mengemudi UMNO.

“Dalam soal ini, kita minta dia fikir bukan untuk hal sendiri. Kena fikir tentang masa depan parti. Kalau sekarang hanya dapat 30 kerusi Parlimen dan dia terus pimpin UMNO, kita bimbang makin teruk.

“Rakyat di bawah memang menolak dia,” katanya.