Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada perbincangan Ahli Parlimen BN dan PH - Wee Ka Siong -

Tiada perbincangan Ahli Parlimen BN dan PH – Wee Ka Siong

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan tidak membuat sebarang pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam satu perbincangan bersama Pengerusi BN pada pagi Isnin.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, notis mengenai perbincangan bersama pengerusi yang diadakan di Hotel Seri Pacific itu memaklumkan hanya melibatkan Ahli Parlimen BN.

Bagaimanapun beliau mengakui terkilan apabila pemimpin-pemimpin PH turut menghadiri perbincangan berkenaan.

“Saya tidak tahu samada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan.

“Perlu ditegaskan tiada sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

“Apa yang pasti, saya menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Tambahnya, selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, beliau tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan samada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

Beliau turut menegaskan, apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN.–SB