PRU-15: Calon Bebas di Sabah dan MP Kota Marudu sokong PN, Muhyiddin

0
153

DUA calon Bebas di Sabah dan seorang calon Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Salah seorang calon Bebas Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, beliau bersama di belakang Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya memberi sokongan kepada PN dan Muhyiddin Yassin. Begitu juga Kota Marudu (abang saya) dan Riduan Rubin (Tenom),” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Sebentar tadi, Perikatan Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, jumlah SD yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here