Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan campuran PN, BN, GPS, GRS -

Kerajaan campuran PN, BN, GPS, GRS

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama empat lagi gabungan parti politik Semenanjung dan Sabah.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata keputusan itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan campuran bersama GPS itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, GPS bersetuju Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

“Kita sedia maklum tiada mana-mana parti mampungai majoriti mudah untuk bentuk kerajaan selepas selesai Pilihan Raya Umum PRU-15 (PRU15) semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berdepan dengan cabaran krisis ekonomi dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting tahun depan.

“Justeru, demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, kerajaan campuran yang bakal dibentuk itu bermatlamat untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntuk di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Kerajaan campuran itu juga menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, MA63 dan Laporan IGC.

“Kerajaan campuran juga akan memastikan autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak,” katanya.